Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

LAWATAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK KE PUSAT INFORMASI BANJIR JPS PERAK

Jumlah paparan: 367

gambar1   gambar2   gambar3

27 November 2023, Ipoh - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri telah menerima lawatan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim ke pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bagi meninjau Pusat Informasi Banjir yang kini dibuka 24 jam. Lawatan ini juga turut disertai oleh Lt. Kol. (PA) Mohammad Azwani bin Kusnin, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak. Lawatan ini dilakukan untuk melihat kesiapsiagaan JPS Negeri Perak dalam menghadapi kejadian hujan dan banjir semasa musim peralihan monsun timur laut.

gambar4.jpg   gambar5   gambar6   gambar7.jpg

gambar8   gambar9   gambar10

gambar11.jpg

Tags: Berita