Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

MAJLIS MAKAN MALAM SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Jumlah paparan: 302

gambar1   gambar2   gambar3

2 Januari 2024, Ipoh - Majlis Makan Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan untuk meraikan persaraan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Sabri Bin Abdul Mulok bertempat di Weil Hotel, Ipoh, Perak. Majlis ini bertujuan meraikan YBhg. Dato' Ir. Sabri yang akan bersara wajib pada 7 Januari 2024. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri, pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak serta Pengarah-Pengarah Bahagian di bawah sektor Bisnes. Satu mesyuarat Sektor Bisnes juga telah berlangsung pada sebelah petang sebelum majlis ini diadakan. Didoakan semoga YBhg. Dato' dilimpahkan kesihatan yang baik dan menjalani hari-hari selepas bersara dengan gembira bersama keluarga tercinta.

gambar4.jpg   gambar5   gambar6   gambar7.jpg

gambar8   gambar9

Tags: Berita