Kemaskini Terakhir: 15 July 2024.

TAKLIMAT PENYERAHAN PENGGUNAAN NATIONAL WATER BALANCE SYSTEM (NAWABS) LEMBANGAN SUNGAI BERNAM

Jumlah paparan: 119

gambar1   gambar2

2 Februari 2024, Ipoh - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri telah menerima kehadiran pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia iaitu Ir. Sazali Osman (Timbalan Pengarah, Bah. Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi) & Ir. Nur Hareza bt Redzuan (Ketua Pen. Pengarah, Bah. Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi) ke Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bagi Taklimat Penyerahan Penggunaan National Water Balance System (NAWABS) Lembangan Sungai Bernam.

Taklimat ini juga turut disertai oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera Daerah & Penolong Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan faedah yang akan diperolehi berkaitan sistem (NAWABS) serta membangunkan sistem NAWABS di peringkat Negeri Perak secara amnya.

gambar3   gambar4

Tags: Berita