Kemaskini Terakhir: 15 July 2024.

BENGKEL AKAUN AMANAH SUMBANGAN SALIRAN, KERJA KECEMASAN DAN LUAR JANGKA

Jumlah paparan: 133

gambar1  gambar2  gambar3

19 Februari 2024, Manjung - Bengkel Akaun Amanah Sumbangan Saliran, Kerja Kecemasan dan Luar Jangka telah diadakan di Hotel Double Tree By Hilton Damai Laut Resort. Bengkel ini dipengerusikan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Pegawai-pegawai JPS Negeri Perak, wakil-wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang, Bahagian Kerajaan Tempatan serta 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pencerahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan pelaksanaan Akaun Amanah Sumbangan Saliran, Kerja Kecemasan dan Luar Jangka. Selain itu, bengkel ini juga turut memfokuskan kepada penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaannya selepas ini akan lebih efektif.

gambar4   gambar5

Tags: Berita