Kemaskini Terakhir: 15 July 2024.

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) DI DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN

Jumlah paparan: 7

gambar1    gambar2    gambar3

7 Jun 2024, Kuala Kangsar - Sesi lawatan kerja oleh Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Yang Berhormat Tuan Hj Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah diadakan pada hari ini dengan diiringi Pengarah Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri, serta pegawai-pegawai dari kementerian dan JPS Malaysia. Lawatan Kerja telah diadakan di 3 lokasi iaitu Kg Talang Hilir (Sungai Kangsar), di Mukim Sayong, Kg Temong Hulu (Sungai Temong) , di Mukim Chegar Galah dan Kg Tanah Merah (Sungai Chempias), di Mukim Lubuk Merbau bagi meninjau kerosakan sungai akibat banjir di dalam Daerah Kuala Kangsar.

gambar4    gambar5    gambar6

Atas dasar keprihatinan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian PETRA, YB Timbalan Menteri PETRA telah menyalurkan peruntukan pasca banjir kepada JPS Negeri Perak untuk melaksanakan kerja-kerja segera pemuliharaan sungai dan tebing sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November 2024 untuk mengurangkan risiko kejadian banjir bagi kawasan terlibat. Kerja-kerja pemuliharaan sungai perlu dilaksanakan segera demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak. Pada hari sebelumnya, satu perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pilihan Timbalan Menteri (ANFC) dan MPKK turut diadakan di Stadium Mini Kuala Kangsar.

gambar7    gambar8    gambar9

gambar10    gambar11    gambar12

 

 

Tags: Berita