11 Jun 2024, Putrajaya -Pertandingan HBKIK JPS Malaysia Tahun 2024 diadakan di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya bermula dari 10 Jun 2024 sehingga 14 Jun 2024. Pada tahun ini, JPS Daerah Larut Matang dan Selama melalui Kumpulan Raintown telah mewakili JPS Negeri Perak bertanding di peringkat JPS Malaysia dengan Produk Inovasi bernama Floating Waste Trap (FWT). Persembahan Inovasi Kumpulan Raintown ini turut disaksikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri dengan diiringi oleh Jurutera Daerah JPS Daerah Larut Matang dan Selama, Ir. Steven Poh Tze Wei serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada program kali ini.