Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ HAJI MAD ZAIDI BIN MOHD KARLI, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Jumlah paparan: 51

gambar1    gambar2  gambar3

1 Julai 2024, Ipoh -YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Mekanikal dan Elektrikal JPS Ipoh Perak untuk meninjau persediaan dalam kesiapsiagaan aset Mekanikal dan Elektrikal JPS dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut 2024 dan juga bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan persekutuan yang dilaksanakan di Negeri Perak. YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar turut hadir lawatan tersebut bersama- sama pegawai- pegawai kanan Kementerian, diiringi YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Turut hadir mengiringi bersama-sama adalah Pengarah Pengurusan Banjir, Pengarah Projek Khas , Pengarah Mekanikal dan Elektrikal, Pengarah Korporat dan pegawai- pegawai JPS Malaysia & Negeri Perak. Disebelah petangnya, YBhg. Dato' berkesempatan untuk hadir melawat Tapak Projek Ranc. Tebatan Banjir Sungai Trolak, Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan.

gambar4    gambar5    gambar6

    gambar7    gambar8    gambar9.jpg

Tags: Berita