3 Julai 2024, Genting Highlands - Mesyuarat Pengukuhan Perjawatan dan Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah diadakan di Scapes Hotel bermula dari 1 Julai 2024 sehingga 3 Julai 2024. Mesyuarat yang dijalankan secara Bengkel ini, disertai bersama dengan pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) yang memberi sokongan dan input penting dengan diiringi Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri, serta keseluruhan barisan pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak.
MESYUARAT PENGUKUHAN PERJAWATAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK
Tags: Berita