Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

LAWATAN JKKP JPS PERAK KE PUSAT KAWALAN SMART KUALA LUMPUR

Jumlah paparan: 24

gambar1   gambar2   gambar3

4 September 2024, Kuala Lumpur - Satu lawatan kerja anjuran Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ibu Pejabat JPS Negeri Perak dan disertai bersama JPS Larut, Matang & Selama serta JPS Kinta / Batang Padang ke Pusat Kawalan SMART yang bertempat di Ampang, Kuala Lumpur.

Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri telah hadir bersama dan disambut oleh Pengarah Operasi Pusat Kawalan SMART, Puan Kalsom binti Mean. Turut hadir bersama Puan Zamzamzurina binti Zainun, Timbalan Pengarah II, Jurutera Daerah LMS, Jurutera Daerah Kinta / Batang Padang serta Ketua-ketua Bahagian JPS Negeri Perak.

Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui berkenaan kefungsian & peranan Pusat Kawalan SMART dalam menangani masalah banjir di Bandaraya Kuala Lumpur serta memahami standard prosedur semasa operasi dijalankan yang mana perlu mempraktikkan faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Jurutera Awam, Puan Ir. Siti Azura binti Mat Daud.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

Tags: Berita