2 Oktober 2024, Ipoh - Program Team Building Ibu Pejabat JPS Negeri Perak bersama JPS Larut, Matang & Selama serta JPS Kinta / Batang Padang telah dijalankan di sekitar Daerah Kinta. Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri telah hadir merasmikan pelancaran acara Explorace sambil diiringi Jurutera Daerah Kinta/Batang Padang, Puan Ir. Salfarina binti Mohd. Sharif & Jurutera Daerah LMS, Encik Fazli bin Ali Hassan. Acara bermula di JPS Kinta dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan di sepanjang 5 checkpoint yang telah ditetapkan.
Program Team Building ini merupakan program tahunan jabatan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama warga JPS Negeri Perak disamping dapat melakukan aktiviti yang sihat & cergas.