Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

SESI LAWATAN TAPAK DI SUNGAI TIANG DAN MESYUARAT PENYELARASAN BERKENAAN CADANGAN PROJEK RTB BAGAN DATUK BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Jumlah paparan: 21

gambar1   gambar2   gambar3

6 Oktober 2024, Bagan Datuk - Satu sesi lawatan tapak di Sungai Tiang dan mesyuarat penyelarasan berkenaan cadangan projek RTB Bagan Datuk telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri telah hadir bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS Malaysia, Puan Ir. Marenawati binti Abd Malek serta pegawai-pegawai dari JPS Malaysia dan JPS Negeri Perak.

Program hari ni telah dimulakan dengan sesi lawatan ke tapak oleh YAB TPM. Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau kesan kerosakan ban pantai akibat fenomena air pasang besar yang telah melanda Daerah Bagan Datuk. Antara lokasi yang dilawati ialah ban pantai yang mengalami hakisan dan struktur pintu air di Sungai Tiang Utara. Seterusnya program diteruskan dengan sesi mesyuarat yang membincangkan berkenaan cadangan rekabentuk RTB Bagan Datuk yang mana YAB TPM telah bersetuju dengan cadangan rekabentuk yang dicadangkan serta mengarahkan tindakan susulan segera daripada semua agensi yang hadir agar projek tersebut dapat direalisasikan.

Tags: Berita