Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

SESI TURUN PADANG PENGERUSI INTAP KE KAWASAN BAN PECAH AKIBAT AIR PASANG BESAR DI BAGAN DATUK, PERAK

Jumlah paparan: 19

gambar1   gambar2   gambar3

7 Oktober 2024, Bagan Datuk - Satu sesi taklimat dan lawatan tapak berkenaan ban pecah akibat air pasang besar telah dipengerusikan oleh Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam di Pejabat Daerah & Tanah Bagan Datuk dan lawatan pula dibuat di Kg. Sungai Tiang serta Bagan Sungai Belukang.

Sesi ini telah dihadiri oleh YB Dato' Shahrul Zaman bin Yahya, ADUN Rungkup, Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Timbalan Pengarah 1, Puan Ir Azizah bt Mohd Sabri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bagan Datuk, En Mohd Muhsin Hanis bin Shahruddin, Penghulu-penghulu mukim serta Pegawai-pegawai JPS Perak dan Daerah. Objektif taklimat & lawatan ini adalah untuk YB Dato' Seri melihat sendiri kesan daripada air pasang besar yang terjadi di kawasan Bagan Datuk, Rungkup & Hutan Melintang yang mana telah menyebabkan banyak ban dan tebing pantai pecah mengakibatkan kejadian banjir berlaku di Daerah Bagan Datuk.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

Tags: Berita