Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

SESI TURUN PADANG PENGERUSI INTAP KE KAWASAN BANJIR DI DAERAH KERIAN

Jumlah paparan: 28

gambar1   gambar2   gambar3

8 Oktober 2024, Bagan Serai - Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato' Seri Mohd. Nizar bin Jamaluddin telah turun ke Daerah Kerian untuk sesi lawatan ke tapak banjir dan mendengar taklimat status semasa operasi banjir yang telah diadakan di Pejabat JPS Daerah Kerian. Sesi taklimat dan lawatan ini telah dihadiri oleh YB Noor Azman bin Ghazali, ADUN Alor Pongsu, Timbalan Pengarah I JPS Perak, Puan Ir. Azizah bt Mohd Sabri, Jurutera Daerah JPS Kerian, Encik Mohd Fisham bin Abu Basah, Jurutera Daerah JKR Kerian, Puan Ir. Amisah bt Ahwang, wakil daripada Pejabat Daerah & Tanah Kerian, Lembaga Air Perak, Penghulu-penghulu mukim serta pegawai-pegawai JPS Perak dan Daerah.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk melihat situasi banjir di Kg Selekoh, Alor Pongsu yang masih menghadapi masalah air genang ekoran hujan lebat yang berlaku di sekitar Daerah Kerian dan melihat tindakan yang diambil oleh JPS Daerah untuk mengatasi masalah banjir ini.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar8   gambar9   gambar13

gambar10   gambar11   gambar12

gambar14   gambar15

Tags: Berita