Kemaskini Terakhir: 11 October 2024.

PROGRAM LATIHAN SIMULASI BENCANA BERSKALA BESAR DI EMPANGAN BUKIT MERAH

Jumlah paparan: 19

gambar1   gambar2   gambar3

9 Oktober 2024, Bukit Merah - Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024, Latihan simulasi bencana berskala besar melibatkan pelbagai agensi penyelamat telah diadakan di Empangan Bukit Merah. Senario simulasi melibatkan kegagalan pintu empangan yang telah menyebabkan berlakunya banjir di kawasan kg terhampir menyebabkan agensi-agensi penyelamat bertindak pantas menyelamatkan mangsa banjir, mangsa lemas dan juga mangsa terkena serpihan letupan bom. Latihan bencana ini dianjurkan oleh JPS Negeri Perak yang turut dihadiri dan disertai oleh Pengarah, Kolonel Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Daerah dan Tanah Kerian, Tuan Saidi bin Hj Shaari, selaku Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah, Supt. Juna bin Yusoff selaku Ketua Polis Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian dan agensi-agensi pemerhati latihan ini yang berlangsung dengan lancar.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

gambar13   gambar14   gambar15

Tags: Berita