Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

SESI SIDANG MEDIA BERSAMA PENGERUSI & AGENSI-AGENSI DI BAWAH EXCO INTAP

Jumlah paparan: 63

gambar1   gambar2   gambar3

22 Oktober 2024, Ipoh - Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato' Seri Mohd. Nizar bin Jamaluddin telah mengetuai sidang media yang telah dijalankan di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang membabitkan Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak, Tenaga Nasional Berhad Perak dan Lembaga Air Perak.

Tuan Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri telah menjawab dan menerangkan beberapa soalan media berkenaan situasi kejadian banjir didalam fasa peralihan monsun, kesiapsiagaan JPS Perak dalam menghadapi musim MTL serta prosedur pelepasan air empangan dibawah seliaan JPS.

gambar4   gambar5

Tags: Berita