Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

SIDANG KAMAR KHAS BAGI MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024, PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Jumlah paparan: 58

gambar1   gambar2   gambar3

21 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Satu Sidang Kamar Khas, Persidangan Dewan Rakyat telah diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia berkenaan dengan cadangan Penaiktarafan Tebatan Banjir Kepada Denai Sungai Kebangsaan Di Sungai Perak yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak iaitu YB Tuan Jamaludin Bin Yahya. Sesi ini diketuai oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir serta diiringi Dato' Ir. Rozman bin Mohamad, Timb. Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia.

Sesi ini turut disertai oleh delegasi daripada JPS Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Jurutera Daerah Perak Tengah, Tuan Ir. Ts. Shaiful Zakuan bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Sungai dan Pantai, Tuan Ir. Sasitharan a/l Manikam serta pegawai daripada PETRA, JPS Malaysia serta JPS Perak.

gambar4   gambar5

Tags: Berita