1 November 2024, Ipoh - Majlis Keyukuran & Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ke Majlis ini.
Tuan Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak , Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak, turut sama hadir mengiringi YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim serta Pegawai-pegawai dari Jabatan lain.