11 November 2024, Ipoh - YBhg Kol. Bersekutu Ir. Ts. Ahmad Shahrir b. Md. Naziri, Mantan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, telah sudi hadir ke Majlis Penghargaan Kontinjen Kawad JPS Negeri Perak yang telah berlangsung di Travelodge Hotel, Ipoh. Turut hadir Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri, Timbalan Pengarah II, Puan Zamzamzurina bt Zainun, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah serta Pasukan & Urusetia Kawad Perbarisan JPS Negeri Perak.
Majlis ini diadakan untuk meraikan Pasukan Kawad Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di atas kemenangan tempat kedua kategori jabatan kerajaan & tempat ketiga pakaian terbaik kesuluruhan.