16 November 2024, Kuala Kangsar - Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Perak untuk tahun 2024 telah diadakan di Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar. Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato' Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin telah sudi hadir merasmikan Sambutan ini sambil diiringi Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.
Turut hadir bersama Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Toh Maharaja Indera, Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dr. Sakduddin bin Zainal, Jabatan dan Agensi jemputan serta kakitangan JPS Negeri Perak.