5 Disember 2024, Ipoh - Satu lawatan dan sidang media berkaitan kejadian banjir yang berlaku di Arena Kepayang, Fair Park, Ipoh pada 1 Disember yang lalu telah dihadiri oleh Tuan Pengarah JPS Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak yang turut bersama mengiringi YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), ADUN Canning, YB Jenny Choi Tsi, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, Ketua-ketua Jabatan serta Ahli-ahli Majlis Bandaraya Ipoh.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri kesan akibat banjir yang berlaku serta mencari punca dan kaedah untuk mengelakkan kejadian banjir ini berulang selain membuat kerja-kerja menaiktaraf ban disepanjang Sungai Kinta dapat dilaksanakan.