16 Disember 2024, Ipoh - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi Petronas yang diwakili oleh Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Ts. Dr. Teh Hee Min dan Ts. Dr. Husna Takaijuddin di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak.
Pelbagai pendapat, pandangan dan idea yang telah dibincangkan bagi hala tuju dan kerjasama strategik antara JPS Negeri Perak bersama Universiti Teknologi Petronas.