8 Januari 2025, Ipoh -Satu mesyuarat penyelarasan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Karim serta disertai YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak di Bangunan SUK Perak. JPS Negeri Perak pula telah diketuai oleh Pengarah JPS Negeri, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj Ishak bersama-sama Timbalan pengarah I dan II, Ketua-ketua Bahagian serta Jurutera-jurutera Daerah JPS Negeri Perak.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perancangan menggunakan peruntukan pembangunan Negeri Perak Tahun 2025 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.