Kemaskini Terakhir: 15 July 2024.

Lawatan Teknikal JK Teknikal 1N1S ke Sg. Kinta (9 Mei 2011)

Jumlah paparan: 378

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program 1N1S Bil. 1/2011 telah diadakan pada 9 Mei 2011 di Hotel Tower Regency, Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Nordin bin Hamdan, Timbalan Ketua Pengarah I, JPS Malaysia dan turut dihadiri oleh Y. H. Dato' Ong Siew Hong, Pengarah Bhg. Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai, Y. Bhg. Dato' Zainorrahim bin Ibrahim, Pengarah Bhg. Pengurusan Banjir, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri dan wakil-wakil dari pelbagai agensi, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Pada sebelah petang ahli-ahli mesyuarat telah melawat ke Inflatable Rubber Dam, Sg. Kinta, Ipoh. Semasa di tapak Rubber Dam En. Tajul Ariffin bin Baharom dan En. Sasitharan, jurutera dari JPS Daerah Kinta / Batang Padang telah memberi taklimat tentang pembinaan rubber dam tersebut dan pemantauan kualiti air Sg. Kinta.

Sebelum sesi taklimat, Y. Bhg. Dato' Nordin telah sudi melepaskan peserta pertandingan berkayak di Sg. Kinta antara JPS Daerah-Daerah Negeri Perak dan beliau juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang di penghujung sesi lawatan tersebut.

gallery

gallery

gallery