Kemaskini Terakhir: 15 July 2024.

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA SATU NEGERI SATU SUNGAI SG. KINTA (23 Nov. 2010)

Jumlah paparan: 336

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Satu Negeri Satu Sungai- Sg. Kinta, telah diadakan pada hari Selasa 23 November 2010 di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, EXCO Negeri Perak. Selain dari wakil-wakil dari agensi kerajaan yang menganggotai Jawankuasa Satu Negeri Satu Sungai, mesyuarat khas ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada sektor industri, Persatuan Pengilang-Pegilang Negeri Perak dan IWK bagi membincangkan isu-isu berkaitan pencemaran Sg. Kinta yang berpunca dari kilang-kilang dan logi rawatan kumbahan.Dalam mesyuarat tersebut pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah membentangkan statistik yang menunjukkan penyumbang pencemaran BOD di Sg. Kinta yang utama ialah restoran-restoran, pasar-pasar basah dan logi rawatan kumbahan IWK. Dalam mesyuarat tersebut juga Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon telah meminta pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menubuhkan satu Jawatankuasa bagi membuat perancangan bagi menangani pencemaran dari restoran-restoran dan pasar-pasar basah.

gallery

gallery

gallery