Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

BENGKEL KEDUA BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDERS) TADAHAN SUNGAI KINTA (14 Okt. 2010)

Jumlah paparan: 417

Bengkel Kedua Bersama Pihak Berkepentingan (Stakeholders) Tadahan Sungai Kinta telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2010 (Khamis) di Impiana Hotel, Ipoh. Bengkel anjuran JPS Malaysia ini telah berjaya mengumpulkan 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang terlibat dalam lingkungan lembangan Sungai Kinta.

Majlis dimulakan dengan doa ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Y.Bhg Dato' Ir Abdul Razak b. Dahalan.Selain diberi taklimat oleh para fasilitator, para peserta juga diberi tugas untuk membincangkan topik yang diberi dengan cadangan penyelesaiannya baik meningkatkan kualiti Sungai Kinta serta kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bersama. Setiap perserta akan membentangkan cadangan untuk dibincangkan bersama. Bengkel tamat sekitar jam 5.30 petang dengan upacara penutup dilaksanakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sungai) JPS Negeri Perak.

sample_1