Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

Program River Ranger-Training of Trainers (29 Julai 2010)

Jumlah paparan: 489

sample_1

Program River Ranger-'Training of Trainers' telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Sungai Chepor, Perak pada 29.07.2010. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak serta pembentangan modul dari Global Environment Centre (GEC) iaitu Dr Kali yang sememangnya wakil GEC yang sering mengambil bahagian aktiviti River Ranger di Malaysia.

Aktiviti lapangan di kawasan tercemar dilakukan di Sungai Pari dan aktiviti lapangan di kawasan yang tidak tercemar dilakukan di Sungai Chepor bagi membandingkan keputusan ujian yang dilaksanakan seperti Ujian Oksigen Terlarut, Ujian Kekeruhan, Ujian Nitrat, Ujian Sulfat, pH dan Suhu. Kad lapaoran sungai diisi bagi melakukan pemerhatian fizikal serta aktiviti biologikal.

Selepas aktiviti dilapangan, para peserta dikehendaki melakukan persembahan kumpulan bagi menyatakan hasil atau dapatan dari aktiviti tersebut. Dr Kali kemudiannya melakukan rumusan seterusnya ucapan penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak Dato' Ir. Abdul Razak b. Dahalan. Majlis selesai pada jam 5.00 petang.

gallery

gallery

gallery

gallery