Selaras dengan program EMS ISO 14001 – Pengurusan Sungai Kinta pada 21 Februari 2011 yang lalu JPS Daerah Kinta/Batang Padang telah menganjurkan Kursus Kesedaran EMS ISO 14001 di Dewan I-DICODE, Ipoh.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh 98 orang peserta yang terdiri dari 66 orang Kontraktor Kelas F dan 32 kakitangan JPS. En. Tajul Ariffin Bin Baharom dari JPS Kinta/Batang Padang dan En. Mohd Idrus Bin Amir dari Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai JPS Malaysia telah menyampaikan ceramah dalam sesi kursus tersebut.