Portal Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 1 TAHUN 2023

gambar1   gambar2 

Ipoh, 16 Februari 2023 -Pada hari ini telah berlangsungnya Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1 Tahun 2023, bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Kaunter JPS Negeri Perak sedia menerima sebarang cadangan, komen ataupun aduan demi menjamin kesejahteraan Rakyat Negeri Perak.

gambar3  gambar4   gambar5

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 4 TAHUN 2023

gambar1   gambar2   gambar3.jpg  

Ipoh, 11 Mei 2023 - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2023 telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping Daerah Larut, Matang & Selama. Kaunter JPS Negeri Perak sedia menerima sebarang cadangan, komen ataupun aduan demi menjamin kesejahteraan Rakyat Negeri Perak.

gambar4  gambar5

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 2 TAHUN 2024

gambar1   gambar2   gambar3

8 Februari 2024, Bagan Serai - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 2 Tahun 2024 yang dianjurkan pada setiap bulan oleh Kerajaan Negeri Perak telah diadakan di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri telah hadir serta diiringi dengan Jurutera Daerah JPS Daerah Kerian, Tuan Mohd Fisham bin Abu Basah serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada Program kali ini.

Program diteruskan dengan lawatan ke tapak bersama Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Perak ke Kg. Matang Gerdu bagi meninjau permasalahan petani-petani setempat terutama berkaitan infrastuktur pengairan dan saliran.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

   gambar11   gambar12

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 3 TAHUN 2024

gambar1    gambar2    gambar3

13 Mei 2024, Tapah - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 3 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Merdeka, Tapah, Daerah Batang Padang.  Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak diwakili oleh Timbalan Pengarah II, Puan Ir. Azizah binti Mohd Sabri dengan diiringi oleh Penolong Jurutera Daerah JPS Daerah Batang Padang, Encik Saffuan bin Bahari serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada program kali ini.

gambar4    gambar5    gambar6

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 5 TAHUN 2024

3 Julai 2024, Ipoh - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 5 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saliran Bandar Dan Tebatan Banjir Puan Asmahani Binti Md. Rejab dengan diiringi oleh Penolong Jurutera Daerah JPS Daerah Batang Padang, serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada program kali ini.

  • Gambar 1

  • Gambar 2

  • Gambar 3

  • Gambar 4

  • Gambar 5

  • Gambar 6

  • Gambar 7

  • Gambar 8

  • Gambar 9

  • FB Post Link: https://www.facebook.com/JpsPerak/posts/pfbid02vgpxDj3e9bX47HKP8NTXrQQ1Lknnr4gY9mP9mEqHhKrezR2pVZbaifSbNzgR4jJjl?rdid=GHeaIzytPGNovkRL

PROGRAM PEMANTAPAN EMOSI DAN TAUTAN KASIH

gambar1   gambar2   gambar3.jpg  

Ipoh, 29 Mei 2023 -Program Pemantapan Emosi dan Tautan Kasih JPS Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Serbaguna Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis ini bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap situasi stress di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif. Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Najib Bin Harun, Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar. Selain itu, program ini juga bagi meraikan pesara-pesara JPS Negeri Perak bagi tahun 2021 dan 2022.

gambar4  gambar5  gambar7

gambar6

PROGRAM PERJUMPAAN PENGARAH JPS PERAK BERSAMA WARGA KERJA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAHUN 2024

gambar1    gambar2  gambar3

30 Jun 2024, Taiping - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri telah hadir ke Program Perjumpaan PPSN Bersama Warga Kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut Matang dan Selama di sini. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah. Seusai program, YBhg. PPSN telah meluangkan masa membuat lawatan kerja bagi meninjau keadaan semasa Empangan Bukit Merah yang kini berada pada paras kritikal dengan di iringi Timbalan Pengarah, Puan Ir. Hajah Azizah Mohd Sabri dan Puan Zamzamzurina Zainun, Jurutera Daerah JPS Kerian, En. Mohd Fisham bin Abu Basah serta Jurutera Projek IADA Kerian, En. Taquddin Azmy bin Zawawi.

gambar4    gambar5    gambar6

    gambar7    gambar8    gambar9.jpg

PROGRAM PROJEK LIVING RIVER BIKE TRAIL BERSAMA PENGARAH.

gambar1   gambar2   gambar3

7 Mac 2021, Kuala Kangsar - Program Bersama Dato' Pengarah JPS Negeri Perak ke Projek Living River Bike Trail pada 4 Mac 2021. Program kayuhan bermula dari Dataran Victoria ke Kem Intan Suraya dan berakhir semula di Dataran Victoria dengan jarak keseluruhan lebih kurang 50km.

gambar4   gambar5   gambar6

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

gambar1-1   gambar1-2

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

24 September 2023, Ipoh - Program Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Perak dan Pelancaran Sahabat Lembangan Sungai Kinta telah diadakan pada hari ini bertempat di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji, Ipoh, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Muhamad Arafat Varisai Mahamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Yang Berusaha Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri, Yang Berusaha Tuan Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh, Yang Berusaha Encik Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh, Yang Berusaha Encik Faizal Parish, Pengarah Global Environment Centre (GEC) dan Yang Berusaha Professor Zita Mohd Fahmi, Naib Cansellor Quest International University.

gambar4   gambar5   gambar6.jpg

Tema Sambutan Hari Sungai Sedunia pada tahun ini ialah ‘Alur Air dalam Komuniti Kita’ atau ‘Waterways in Our Community’. Pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat telah dijalankan. Semoga dengan sambutan seperti ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Negeri Perak tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan seharian.

gambar7   gambar8   gambar9.jpg

gambar10   gambar11   gambar12.jpg

gambar13   gambar14   gambar15.jpg

PROGRAM SANTAPAN ROHANI DAN JALINAN UKHUWAH

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 25 September 2020 - Sekitar Program Santapan Rohani dan Jalinan Ukhuwah yang diadakan di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Pengisian program terdiri daripada Bacaan Yassin dan Tazkirah Pagi oleh AF Ustaz Zahrullail dan Ceramah Santapan Rohani oleh PU Yeop. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Perak diiringi oleh Jurutera-Jurutera Daerah, JPS Perak.

gambar4   gambar5   gambar6

PROGRAM SUAI KENAL PENGARAH JPS NEGERI PERAK YANG BARU

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 7 Februari 2023 -Hari ini merupakan hari pertama bagi Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri sebagai Pengarah, JPS Negeri Perak. Beliau telah melapor diri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Sejurus selepas itu, PPSN Perak bergerak ke Pejabat Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, untuk bertemu dengan YB Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin serta YB Dato' Mohd Zolkafly bin Harun, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan.

gambar4   gambar5  gambar6

gambar7   gambar8  gambar9

PROGRAM TEAM BUILDING JPS IBU PEJABAT 2019

gambar1   gambar2   gambar3

Lenggong, 14 November 2019 - Program Team Building JPS Ibu Pejabat telah berlangsung selama tiga(3) hari di Lenggong, Perak. Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai pengisian program tersebut. Antara program-program yang terlibat adalah berbasikal, permainan paint ball dan lain-lain. 

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN

gambar1   gambar2   gambar4.jpg

Ipoh, 11 Mac 2023 -Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Majlis pada kali ini bertemakan 'accelerating change'. Tema ini memberi penekanan kepada peranan setiap individu, kerajaan dan juga masyarakat untuk bersama berganding bahu dalam mempercepatkan perubahan untuk menangani krisis air dan sanitasi. Perasmian sambutan pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut hadir bersama sepanjang majlis sambutan dilaksanakan. YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tesis Air dan Anugerah Wadi Sumber Air Bawah Tanah kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan dalam pengurusan sumber air.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak, YBhg. Dato’ Rosli Hj. Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBhg. Dato’ Ir. Dr Md. Nasir Md. Noh., Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta pegawai-pegawai tertinggi kementerian, jabatan dan agensi.

Pautan Video : https://youtu.be/qXqrXpafyqU

gambar4  gambar5  gambar6

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE 66 PERINGKAT NEGERI PERAK

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

31 Ogos 2023, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah menyertai Perbarisan dan Perarakan Kawad Kaki Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke 66 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh dengan moto jabatan sambutan kali ini iaitu Tekad Jayakan Perkhidmatan Sempurna. Kontinjen kawad kaki JPS Negeri Perak segak menggayakan busana lengkap baju melayu berwarna merah, bersampin dan bertanjak songket ini dibarisi seramai 55 orang peserta terdiri dari 48lelaki dan 7 wanita.
Pengarah JPS Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri turut hadir dalam sambutan dan berada di pentas utama bagi memberi penghormatan lintas hormat kepada kontinjen kawad kaki JPS Negeri Perak.

gambar4   gambar5

SESI KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK BERSAMA WETLANDS INTERNATIONAL

gambar1    gambar2

IPOH, 16 APRIL 2024 – Satu sesi kunjungan hormat Wetlands International bagi membentangkan Projek Pemulihan Bakau di Tanjung Kepah telah diadakan bertempat di Pejabat Y.B. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Delegasi dari Wetlands International telah hadir bersama Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Sasitharan a/l Manikam, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir, Jurutera Daerah JPS Manjung serta Ts. Meor Shakireen bin Mat Amin, Penolong Pengarah Bahagian Korporat, JPS Negeri Perak.

gambar3    gambar4

SIRI LAWATAN KERJA PENGARAH DI DAERAH KINTA.

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 13 Januari 2021 - Lawatan YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak ke

1. Kawasan Banjir di Taman Klebang Bayu.
2. Tapak Projek Menaiktaraf Ban Sg. Pari bagi mengatasi kejadian banjir di Desa Sri Chepor, Ipoh.
3. Lokasi Cadangan Projek Pemuliharaan Sungai Kinta.

gambar4   gambar5   gambar6

SYARAHAN BERTAJUK 'A TALK ON IRBM' OLEH PENGARAH JPS NEGERI PERAK

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

9 Ogos 2023, Ipoh -Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri telah menyampaikan syarahan bertajuk 'A Talk On IRBM In Perak' bertempat di Dewan Kuliah JKA Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Usai syarahan tersebut, PPSN Negeri Perak turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr. Shamsuri Bin Abdullah. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan bertukar-tukar idea serta pandangan.

gambar4   gambar5   gambar6.jpg

mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 08 May 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE