MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PENGIKTIRAFAN PENJAGAAN SUNGAI, TADAHAN SUNGAI KINTA TAHUN 2024

27 September 2024

  • Utama
  • MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PENGIKTIRAFAN PENJAGAAN SUNGAI, TADAHAN SUNGAI KINTA TAHUN 2024

gambar1   gambar2   gambar3

26 September 2024, Ipoh - Majlis Penganugerahan dan Pengiktirafan Penjagaan Sungai, Tadahan Sungai Kinta Tahun 2024 telah berlangsung di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tanaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak. Yang Berbahagia Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri hadir memberi ucapan penghargaan dalam majlis tersebut. Turut sama hadir Jurutera Daerah Kinta/Batang Padang Ir. Salfarina binti Mohd. Sharif, Penolong Pengarah Kanan Ir. Sasitharan A/L Manikam, Pegawai-Pegawai JPS, Pegawai-pegawai pelbagai Jabatan, agensi/universiti dan juga orang awam.

Majlis Penganugerahan dan Pengiktirafan Penjagaan Sungai, Tadahan Sungai Kinta adalah satu program khusus yang dilaksanakan bagi memberikan penghargaan/penganugerahan kepada komuniti tempatan dan pengiktirafan kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam memastikan kelestarian kawasan Tadahan Sungai Kinta (TSK) melalui inisiatif-inisiatif amalan hidup hijau yang dilaksanakan. Pihak berkepentingan ini adalah termasuk pemain industri, universiti, agensi dan juga orang awam yang menyumbang kepada kelestarian Tadahan Sungai Kinta melalui penambahbaikan, perlindungan, pemeliharaan, penjagaan dan lain-lain ke arah impak yang positif. Program ini dijalankan dengan kerjasama Global Environment Centre (GEC), JPS Negeri Perak, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak serta Yayasan Hasanah.

gambar4   gambar5   gambar6

Kemaskini Terakhir: 14 May 2025.
mds-smll
  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE