
28 November 2024, Ipoh - Lawatan kerja Pengarah Pengairan dan Saliran (PPSN) Negeri Perak, Ir Dr Asnor Muizan bin Dato' Hj Ishak ke JPS Daerah Hulu Perak. Lawatan kerja adalah bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Peringkat Daerah (JTPD) di Hulu Perak serta Majlis perkenalan bersama kakitangan di peringkat Daerah Hulu Perak.
Dikesempatan ini juga, PPSN telah memberi sedikit taklimat berkaitan kesiapsiagaan menghadapi musim banjir di Hulu Perak serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kakitangan JPS agar ianya selari dengan kehendak serta kepuasan masyarakat setempat dan kerajaan Negeri. Turut mengiringi PPSN adalah Jurutera Daerah Kuala Kangsar/ Hulu Perak serta sebahagian kakitangan JPS Kuala Kangsar/Hulu Perak.