KUNJUNG HORMAT YB PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PERLADANGAN, PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI PERAK KE ATAS YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR NEGERI SABAH

13 Jun 2025, Kota Kinabalu - Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun telah mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Perak dalam satu sesi kunjung hormat ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.
 
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara negeri ke arah pembangunan luar bandar yang lebih mampan dan inklusif.
 
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak dan ketua jabatan serta agensi di bawah portfolio Pembangunan Luar Bandar Negeri Perak turut hadir bersama YB EXCO ke Sabah.
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 24 June 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE