13 Julai 2026, Ipoh - Sesi Taklimat dan Bengkel Kamus Kompetensi Kefungsian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri. Turut hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS Negeri Perak, Encik Poh Che Chin, serta Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Negeri Perak, Puan Siti Sarah binti Mohd Rasid dan sebahagian kakitangan JPS Negeri Perak yang terlibat.
Penganjuran sesi taklimat dan bengkel ini dibuat bertujuan bagi memperkukuh pemahaman warga JPS Perak terhadap Kamus Kompetensi Kefungsian sebagai panduan dalam pembangunan kompetensi, peningkatan keupayaan sumber manusia serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, profesional dan berkesan.