14 Julai 2026, Ipoh - Hari ini telah berlangsung majlis cabutan undi secara dalam talian bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak yang merangkumi 12 Daerah di Negeri Perak, telah pun berlangsung di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan.
Majlis telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai JPS Negeri Perak sebagai urusetia di Peringkat Negeri dan Daerah; Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak; Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia, Cawangan Perak sebagai panel pemerhati dan majlis telah dimulakan dengan kata aluan daripada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JPS Perak, YBrs. Ir. Hajah Azizah bt Mohd Sabri.
Sebanyak 140 kerja yang melibatkan 12 daerah telah melalui proses cabutan undi secara dalam talian bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan di bawah JPS Negeri Perak.
JPS Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya dipilih dalam sesi cabutan undi kali ini. Adalah diharapkan agar setiap projek yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, menepati spesifikasi yang ditetapkan serta disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kepada kontraktor yang belum berjaya, teruskan berusaha dan semoga memperoleh peluang pada sesi cabutan undi yang akan datang.