LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN KANAN (PENGURUSAN), KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) KE DAERAH BAGAN DATUK, PERAK.

11 Oktober 2024

  • Utama
  • PERKHIDMATAN
  • Artikel
  • Tahun 2024
  • LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN KANAN (PENGURUSAN), KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) KE DAERAH BAGAN DATUK, PERAK.

gambar1   gambar2   gambar3

10 Oktober 2024, Bagan Datuk - Satu sesi mesyuarat dan lawatan tapak berkenaan persediaan JPS Negeri Perak untuk menghadapi risiko banjir akibat daripada fenomena air pasang besar dan faktor hujan lebat yang ekstrem disebabkan oleh peralihan Monsun Timur Laut (MTL), telah diadakan di Bagan Datuk hari ini.

Sesi mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs En Norhisham bin Musa, SUBK PETRA dan telah dihadiri oleh Pengarah JPS Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Timbalan Pengarah 1, Puan Ir Azizah bt Mohd Sabri, Jurutera Daerah Hilir Perak, Ir Zamrie Bin Mansor serta pegawai-pegawai dari PETRA, JPS Perak dan JPS Daerah. SUBK PETRA juga telah turun melawat ke kawasan ban pantai yang rosak dan memerlukan kerja-kerja pembaikan segera untuk menghadapi fenomena air pasang besar yang dijadualkan pada 17-19hb Oktober 2024 di Daerah Bagan Datuk.

JPS Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh pihak Kementerian PETRA untuk memastikan kesejahteraan rakyat di Negeri Perak dalam menghadapi bencana banjir.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini88
  • Semalam669
  • Minggu Ini4471
  • Bulan Ini16686
  • Keseluruhan116075
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 24 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Click Download > MyPublicInfoBanjir