MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA YB PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM SERTA SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 2025.

IPOH, 17 APRIL 2025 – Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak diiringi Pengarah JPS Negeri Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, hadir bagi memeriahkan Majlis Perhimpunan Bersama Yang Berhormat serta Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Tahun 2025 yang berlangsung di Galasa Caldwell, Ipoh, malam semalam.
 
Majlis dimulakan dengan ketibaan warga kerja JPS Negeri Perak di peringkat bahagian serta di peringkat daerah serta disusuli ketibaan tetamu kehormat.
Hadir sama YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Mohd Zaki Bin Mahyudin Pegawai Kewangan Negeri Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan, YB Dato' Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
 
Acara diteruskan dengan ucapan aluan juruacara majlis, bacaan doa, penyampaian Sijil Kecemerlangan Jabatan, penyampaian cenderahati kepada pegawai JPS Perak yang telah bertukar serta Jamuan Hari Raya yang meriah.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini208
  • Semalam834
  • Minggu Ini4558
  • Bulan Ini16462
  • Keseluruhan92317
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 18 March 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir