MAJLIS CABUTAN UNDI SECARA DALAM TALIAN BAGI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK BIL 1/2025

09 Mei 2025, Ipoh - Hari ini telah berlangsung majlis cabutan undi secara dalam talian bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak yang merangkumi 12 Daerah di Negeri Perak yang telah diadakan di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan.
 
Majlis telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai JPS Negeri Perak sebagai urusetia di Peringkat Negeri dan Daerah; Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak; Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia, Cawangan Perak sebagai panel pemerhati. Majlis telah dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak.
 
JPS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor yang berjaya terpilih di dalam sesi undian kali ini. Diharapkan dengan perolehan projek bagi kerja-kerja yang berkaitan, dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi pada masa yang akan datang.

Rakaman Proses Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian Bil. 1/2025 JPS Negeri Perak boleh ditonton di Facebook Rasmi JPS Negeri Perak melalui pautan di bawah :

Klik --> RAKAMAN CABUTAN KERJA UNDI SECARA DALAM TALIAN BIL. 1/2025 JPS NEGERI PERAK
 

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini88
  • Semalam669
  • Minggu Ini4471
  • Bulan Ini16686
  • Keseluruhan116075
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 24 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Click Download > MyPublicInfoBanjir