MESYUARAT KOORDINASI DI BAWAH PORTFOLIO PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) NEGERI PERAK

08 Mei 2025, Ipoh - Mesyuarat koordinasi di bawah Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak telah diadakan di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan. YB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku Pengerusi INTAP telah mempengerusikan mesyuarat ini yang dihadiri oleh YB Encik Muhammad Faisal Bin Haji Abdul Rahman, ADUN Trong; YB Encik Mohd Fakhrudin Bin Abdul Aziz, ADUN Kamunting; YB Tuan Haji Rahim Bin Ismail, ADUN Changkat Jering; YB Encik Sallehuddin Bin Abdullah, ADUN Selinsing; YB Encik Muhammad Hakimi Hamzi Bin Mohd Hayat, ADUN Titi Serong; YB Tuan Haji Noor Azman Bin Ghazali, ADUN Alor Pongsu, PPSN Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan Bin Dato' Haji Ishak, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah Portfolio Pengerusi INTAP serta pegawai - pegawai JPS Negeri Perak.
 
Mesyuarat ini merupakan satu insiatif yang disambut baik oleh semua pihak bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli yang berhormat untuk memaklumkan permasalahan yang berlaku di kawasan masing-masing terus kepada YB Dato' Seri dan dijawab segera oleh Jabatan dan Agensi yang terlibat.
 

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini262
  • Semalam176
  • Minggu Ini3801
  • Bulan Ini10098
  • Keseluruhan130079
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak