BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN DAN SLAID PERBENTANGAN ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025

05 Jun 2025, Pulau Pangkor - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak telah menjalankan satu Bengkel Penyediaan Laporan dan Slaid Perbentangan Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 bertempat di AVI Pangkor Beach Resort. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah II JPS Perak, Puan Zamzamzurina binti Zainun.
 
JPS Negeri Perak telah menjemput Tuan Al Bakri bin Muhammad, Pensyarah Kanan Pengajian Sains Maklumat Kolej pengkomputeran, Informatik dan Matematik UiTM Cawangan Negeri Sembilan sebagai fasilitator pasukan JPS Daerah Larut, Matang dan Selama untuk persediaan menyertai pertandingan Inovasi Peringkat SUK Negeri Perak.
 
Turut terlibat di dalam Bengkel ini adalah Ir Mohd Shamimi bin Mohd Tahir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat; Ts. Zul Haimi bin Kamal, Penolong Jurutera Daerah Larut, Matang dan Selama ; Ts Muhammad Zulfadli bin Abd Jamil ; Ahli pasukan JPS Daerah LMS, Ahli Pasukan JPS Daerah Hilir Perak/ Bagan Datuk serta Bahagian Korporat JPS Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini262
  • Semalam176
  • Minggu Ini3801
  • Bulan Ini10098
  • Keseluruhan130079
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak