04 Jun 2025, Ipoh - Satu sesi taklimat berkenaan Persediaan Menghadapi Musim Tengkujuh dan Status Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Negeri Perak telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar.
Turut bersama dalam mesyuarat ini Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim ; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak ; YB Azmir Shah bin Zainal Abidin, Pegawai Undang-Undang Negeri Perak serta barisan Exco-exco Negeri Perak.
JPS Negeri Perak pula telah diketuai PPSN, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Timb Pengarah I ; Ir. Hajah Azizah bt Mohd Sabri ; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ir. Baharudin bin Ibrahim; Encik Poh Chee Chin ; KPP Bahagian Saliran Bandar dan Tebatan Banjir ; Encik Hafiz bin Ahmad, PPK Bahagian Sumber Air, Hidrologi dan Empangan dan Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir, PPK Bahagian Korporat.
Perbincangan ini bertujuan untuk membentangkan persediaan Jabatan menghadapi musim tengkujuh dan menerangkan status Projek RTB di seluruh Negeri Perak.