MESYUARAT PENYELARASAN BERKENAAN SISTEM SALIRAN, PENGAIRAN DAN PERPARITAN, PENGOPERASIAN PAM SERTA PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR MONSUN TIMUR LAUT TAHUN 2025/2026 NEGERI PERAK

04 Julai 2025, Ipoh - Satu sesi Mesyuarat Penyelarasan Berkenaan Sistem Saliran, Pengairan dan Perparitan, Pengoperasian Pam serta Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut Tahun 2025/2026 Negeri Perak telah dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, SUK Negeri Perak.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seluruh wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan-Jabatan di bawah Portfolio Pengerusi INTAP dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. JPS Negeri Perak pula telah diketuai PPSN, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah serta pegawai JPS Perak.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan secara bersepadu berkenaan isu banjir di Negeri Perak dan pelan tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memastikan semua Jabatan dan agensi sentiasa bersedia menghadapi monsun timur laut.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini88
  • Semalam669
  • Minggu Ini4471
  • Bulan Ini16686
  • Keseluruhan116075
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 24 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Click Download > MyPublicInfoBanjir