15 Julai 2025, Ipoh - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Ahmad Sabri Mohamed, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, bertempat di Pejabat SPRM Perak, Meru.
Turut hadir bersama adalah Timb Pengarah I, Ir. Hajah Azizah bt Mohd Sabri ; Ir. Haji Baharudin bin Ibrahim, KPPK Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal ; Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir, PPK Bahagian Korporat dan Puan Siti Sarah binti Mohd Rasid, PPK Bahagian Khidmat Pengurusan.
Dalam sesi kunjungan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama yang menjurus kepada kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah.
Selain itu, pihak JPS Perak turut berkesempatan melawat Galeri SPRM dan menzahirkan penghargaan terhadap susun atur serta penyampaian informasi yang kemas dan berkesan.