22 Julai 2025, PUTRAJAYA - Majlis Perasmian Malaysia Water Forum 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiusaha (Sektor Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia merangkap Pengerusi Malaysia Water Partnership (MyWP).
JPS Negeri Perak telah diwakili oleh Pengarah, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Jurutera Daerah Kinta/Batang Padang, Ir. Salfarina binti Mohd. Sharif dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat, Ir. Mohd Shamimi Mohd Tahir.
Penganjuran forum ini adalah untuk menilai dan membincangkan cabaran serta meneroka peluang dan penyelesaian baru dalam pengurusan sumber air di Malaysia. Tumpuan akan diberikan kepada isu seperti ketidakseimbangan agihan air, pencemaran, serta keperluan kepada sistem amaran awal, dan pengurusan air bawah tanah yang lebih berdaya tahan.