PROGRAM TANGGUNGJAWAB KORPORAT BERSAMA PIHAK KUALA LUMPUR KEPONG BERHAD (KLK) DAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

26 Julai 2025, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak bersama Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Korporat dan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JPS Negeri Perak Tahun 2025 di Halaman Goes Garden JPS Kinta, Ipoh.
 
Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah merasmikan program ini sambil diiringi YBrs. Mr. Ku Kok Peng, Ketua Kelestarian Kuala Lumpur Kepong Berhad, LAr. Meor Abdullah Zaidi Bin Meor Razali, Pengarah Jabatan Taman Dan Landskap MBI, Puan Aini Oriza Binti Ramli, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, JAS dan Mr. Liew Boon Ket, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK St. Micheal, Ipoh, pegawai-pegawai daripada JPS Perak, JPS Kinta/Batang Padang, KLK, JAS, MBI serta guru dan pelajar SMK St. Micheal.
 
Program telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik, sesi menanam pokok landskap, sesi menjawab soalan kuiz, sesi pembelajaran pengambilan sampel air Sungai Kinta secara insitu, dan diakhiri dengan program mengutip sampah sambil beriadah.
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 26 August 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE