MAJLIS PELUNCURAN PROJEK TEBATAN BANJIR (RTB GERIK), HULU PERAK

8 Ogos 2025, Gerik - Telah berlangsung Majlis Peluncuran Projek Rancangan Tebatan Banjir Gerik – Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Kenderong Dan Sungai Hangai Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan Di Daerah Hulu Perak, Perak yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan selaku Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Temengor.
 
Kehadiran YB telah disambut oleh Pengarah JPS Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak. Majlis juga turut menjemput Yang Di Hormati Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato' Ar. La. Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Ahli-ahli Yang Berhormat, Wakil-wakil Jabatan Daerah Gerik serta Pegawai-pegawai dari JPS Perak.
 
Projek RTB ini telah bermula pada bulan Mei tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2027 (25 bulan) dengan kos pembinaan sebanyak RM 45 juta. Ianya diharapkan dapat mengurangkan kejadian banjir di Pekan Gerik yang mana kerap kali banjir ketika hujan lebat.
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 26 August 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE