MAJLIS PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JPS MALAYSIA TAHUN 2025

13 Ogos 2025, Kota Bharu, Kelantan – Majlis Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah JPS Malaysia Tahun 2025 telah dianjurkan oleh JPS Malaysia dan JPS Kelantan yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Persidangan tersebut diadakan selama tiga hari bermula 13 hingga 18 Ogos 2025.
 
Persidangan ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, bersama Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Kanan, Pengarah-pengarah Bahagian serta Pengarah-pengarah Negeri.
 
Pengarah JPS Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, mengetuai delegasi JPS Perak yang turut disertai oleh Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Azizah binti Mohd Sabri; Timbalan Pengarah II, Puan Zamzamzurina binti Zainun; Ketua-ketua Bahagian; serta Jurutera-jurutera Daerah JPS Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini245
  • Semalam176
  • Minggu Ini3784
  • Bulan Ini10081
  • Keseluruhan130062
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak