SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025

31 Ogos 2025, Ipoh - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad Perbarisan JPS Negeri Perak yang telah mendapat tempat ke-4 Kategori Jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025. Bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, kontinjen kawad kaki JPS Negeri Perak tampil segak dengan busana lengkap baju melayu berwarna merah biru, dipadankan dengan sampin dan tanjak berwarna kuning, melibatkan seramai 58 orang anggota.
 
Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak turut hadir dalam sambutan kemerdekaan ini dan berada di pentas utama bagi memberi penghormatan lintas hormat kepada kontinjen kawad kaki JPS Negeri Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini262
  • Semalam176
  • Minggu Ini3801
  • Bulan Ini10098
  • Keseluruhan130079
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak