PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN ANTI RASUAH DAN IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

17 September 2025, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah mengadakan satu Program Taklimat Kesedaran Anti Rasuah dan Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak bertempat di Auditorium Cempaka Sari, SPRM Perak.
 
Program ini telah dimulakan dengan lawatan ke bangunan SPRM dan diteruskan dengan majlis serta bacaan Ikrar yang diketuai Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak. SPRM Negeri Perak telah diwakili oleh Ketua Pencegahan Negeri, Puan Azlin binti Ahmad dan ceramah kesedaran rasuah telah disampaikan oleh Penolong Penguasa SPRM Negeri, Tuan Huzairi Azmer bin Ramli.
 
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah I JPS Perak, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri ; Timbalan Pengarah II JPS Perak, Puan Zamzamzurina binti Zainon, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah ; Penolong Jurutera Daerah JPS Perak serta kakitangan JPS Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini262
  • Semalam176
  • Minggu Ini3801
  • Bulan Ini10098
  • Keseluruhan130079
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak