FLAG OFF PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KARNIVAL SUKAN JPS TAHUN 2025 BAGI KONTINJEN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

17 September 2025, Kuala Kangsar- Pada petang tadi telah berlangsungnya Flag Off Program Kecemerlangan dan Kecergasan Sukan JPS Malaysia kali ke-XVII bagi Kontinjen Negeri Perak yang berlangsung di Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar.
 
Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak selaku Yang Dipertua MAKSAK JPS Perak telah hadir bagi menjayakan majlis ini yang mana telah menghimpunkan atlet-atlet daripada 14 jenis sukan kesemuanya. Acara dimulakan dengan kata-kata dorongan daripada Tuan Pengarah, penyerahan baju kontinjen, bacaan ikrar dan diakhiri dengan simbolik pelepasan kontinjen JPS Negeri Perak.
 
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah I JPS Perak, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri ; Timbalan Pengarah II JPS Perak, Puan Zamzamzurina binti Zainon, Setiausaha MAKSAK JPS Perak, Ir. Mohd Fisham bin Abu Basah ; Ketua-ketua bahagian, Jurutera-jurutera Daerah dan Penolong Jurutera Daerah JPS Perak.
 
Kontinjen Negeri Perak akan diketuai Encik Mohd Hafiz bin Ahmad sebagai pengurus pasukan dan akan mula bertanding pada 19 hingga 21 September ini.
 
SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN DAN SEMOGA MEMBAWA BALIK KILAUAN PINGAT UNTUK NEGERI PERAK!!!
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 15 October 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE