27 Oktober 2025, Manjung – Satu lawatan kerja bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak, YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, telah diadakan di sekitar Daerah Manjung. Lawatan kerja selama dua hari ini dimulakan dengan tinjauan ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung dan akan diteruskan dengan lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Beruas di Pekan Beruas.
Program ini turut disertai oleh jabatan-jabatan teknikal di bawah portfolio INTAP seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perak, Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak serta KUDR Negeri Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi di lapangan serta membincangkan isu dan cabaran berkaitan fungsi serta tanggungjawab jabatan dan agensi masing-masing bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.