LAWATAN PENGERUSI INTAP KE PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) SUNGAI BERUAS

27 Oktober 2025, Manjung – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Beruas yang terletak di Pekan Beruas, Daerah Manjung.
 
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat projek yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak, bersama wakil daripada Konsultan RBM Engineering.
 
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, YB Tuan Azman bin Noh, Timbalan Pengarah I JPS Perak, Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri, serta ketua dan wakil jabatan serta agensi di bawah portfolio INTAP, pegawai-pegawai JPS Perak, pihak kontraktor dan konsultan projek.
 
Lawatan kerja ini diadakan bagi meninjau perkembangan semasa projek serta memperincikan manfaat pelaksanaannya kepada penduduk di sekitar Pekan Beruas, khususnya dalam mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku di Pekan Beruas.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini208
  • Semalam834
  • Minggu Ini4558
  • Bulan Ini16462
  • Keseluruhan92317
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 18 March 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir